site ni untuk anak2 ibu, iman dan fatin..kalau sesak nak masak tak tahu resepi, jenguk aje entri di sisi..ok. ia koleksi terkumpul dari blog2 lain untuk panduan sendiri...

Rabu, 20 April 2011

bubur nasi yang simple tapi sedap...

resepi mudah yang selalu ibu guna bila nak masak bubur nasi anak . selalunya masakan ini time anak2 dah tak selera nak makan kerana demam...



1 cawan beras dibasuh dan di bersihkan. toskan kemudian masukkan air bersih mengikut kepekatan yang kita perlukan . bila bubur dah mendidih, masukkan 1/2 camca teh garam dan dua ketul kiub pati ikan bilis. jika suka tambahlah lobak dan brokoli. masak sehingga pekat dan nasi menjadi kembang. makan bersama ikan bilis goreng yang rapuh dan ranggup. senang saja kan.... insya'allah anak2 pasti suka.





~memasak lebih mudah bila seronok membuatnya...~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan